Terima kasih kerana melawat !

Wednesday, April 13

artikel bergambar

artikel bergambar

video

Hari kenduri tunang anak buah

Hari sabtu
cara-cara memasukakan marquee 1. Pergi ke laman hypergurl.com/marquee.html 2.Pilih kod yang dikehendaki 3.Klik kanan atas teks yang dipilih,klik copy 4.Pergi ke blogger,design,klik add gadget,pilih html/java 5.masukkantajuk,klik kanan di kawasan kosong di bawah tajuk, klik paste 6.klik save

Tuesday, April 12



Pengalaman ibu bekerja


Saya merupakan ibu kepada empat cahayamata iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan yang berumur di antara lima hingga sebelas tahun. Saya merupakan ibu bekerja dan tidak pernah mengambil pembantu rumah. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman untuk menguruskan anak-anak sepanjang hari terutamanya hari persekolahan.

Pada waktu pagi, saya menyiapkan makanan yang akan diambil anak-anak saya apabila mereka pulang dari sekolah, biasanya nasi dan lauk sekurang-kurangnya satu menu yang berkuah,kalau sempat saya sediakan sayur tetapi anak-anak saya kurang menggemari sayur.

Untuk sarapan pagi, menu biasanya nasi goreng, meehon goreng, cekodok masin atau makanan segera yang saya beli di kedai Az-zain atau produk-produk Islam seperti nuget,bebola ikan (agak murah sedikit) bebola ayam dan sebagainya. Kalau saya nak buat nasi goreng biasanya saya lebihkan memasak nasi pada malamnya.

Kadang-kadang untuk menyediakan lauk dan nasi di waktu pagi agak mengambil masa jadi saya biasanya menyediakan bahan-bahan untuk dimasak keesokan harinya pada waktu malam.

Saya sememangnya agak kelam-kabut di waktu pagi kerana selepas anak-anak mengambil sarapan pagi saya basuh semua pinggan mangkuk yang digunakan sebelum keluar bekerja. Saya akan menghantar anak-anak saya terlebih dahulu ke sekolah kerana kebetulan sekolah anak adalah sehala dengan tempat kerja.

Apabila pulang dari kerja saya akan memilih baju-baju untuk dibasuh dan saya mengsingkan baju-baju sekolah untuk di basuh tangan(handwash) kerana anak-anak lelaki saya agak aktif jadi baju putih dah bertukar warna.... lepas berus saya akan masukkan ke dalam mesin basuh. Lagi satu saya bekalkan anak-anak saya terutamanya kalau mereka selsema dengan sapu tangan.


Malamnya, saya memasak lauk tambah sahaja contohnya sayur ataupun saya cuma panaskan lauk pagi tadi. Pada malam hari selepas solat maghrib dan isyak saya akan gosok baju tapi biasanya saya akan menggosok baju pada hari minggu. Pada waktu malam anak-anak saya pergi mengaji Al-Quran di masjid berhampiran. Satu mengaji kat masjid lebih mudah kerana anak-anak saya terus sembahyang maghrib dan isyak sekali di masjid.


Saya juga mengingatkan anak-anak supaya memilih jadual waktu sekolah dan menyiapkan homework sebaik pulang ke rumah.


Di bawah saya beri resepi ringkas nasi goreng kegemaran anak-anak saya:

Nasi goreng ikan bilis:

i) Nasi putih

ii) Ikan bilis(rendam dengan air panas terlebih dahulu supaya lembut)

iii) Bawang putih (tiga ulas bergantung pada nasi putih)

iii) Bawang merah (tiga ulas)

iv) Lada besar (sebiji sudah memadai)

Kesemua bahan diatas(ii hingga iv) ditumbuk atau blend kemudian tumiskan bersama sedikit minyak, bila keperangan bahan tumis tadi masukkan nasi masukkan sedikit garam.


Nasi goreng lada hitam:

i) Nasi putih

ii)sedikit lada hitam

iii) bawang merah (tiga ulas)

iv) bawang putih (satu ulas)

v) bebola ikan (tubuk atau hiris nipis)


Tumiskan kesemua bahan tadi kemudian warnanya keperangan masukkan nasi kemudian masukkan sedikit garam.


Nasi goreng lada hitam

goreng ikan bilis


i) Nasi putih